DALAM SUJUDKU, KU SEBUT NAMAMU

Saturday, February 25, 2012

terima kasih, kawan...

tik.. tik... terpapar msg yg baru msuk d halaman facebook ku.. eh, nama ini.. dh lama aku tidak melihat nama ini di ruangan mata.. salam.. itulah perkataan pertama memulakan bicara.. salam di sambut.. dialah.. teman sewaktu aku di sekolah rendah.. selama 6 tahun kami d kelas yg sama.. dan boleh dikatakan saban tahun, meja kami saling bersebelahan... aturan arwah guru kelas yg amat aku sayangi, Cikgu Johan.. masih ku ingat tahi lalat pemanis yg ada di tepi keningnya itu.. adakah ia masih ada? hehehe (tersenyum sendirian di saat ini)...... (",)

sekian lama aku tidak bersua muka atau berutusan khabar dgn deskmate aku ini.. seboleh-bolehnya, jika berada di kampung pun, aku malas keluar umah, takut terserempak dengannya,,, berbelas tahun kami tidak bersua muka... kali terakhir aku melihatnya adalah 13 tahun dahulu, sewktu aku berumur 12 tahun... dia.. menyimpan seribu satu kenangan..

namun, aku bersyukur dia memesej aku.. sbb kini, aku rasa bebas..seperti burung terbang di awangan... dan robohlah tembok pemisah yg aku bina slama ini... terima kasih kawan... terima kasih kerana menghubungi daku.. robohnya tembok ini bererti dia telah melupakan peristiwa lalu.. jujur ku akui, sangat2lah malu bila memikirkan peristiwa yg terjadi semasa sekolah dahulu... malu tahun gaban sampai 13 thn kami tidak bertegur sapa... bukan salah dia.. bkn salah aku juga.. tp keadaan ketika itu, d sebabkan ketidakmatangan antara kami, terciptalah kenangan manis dan pahit antara kami...

kini, jiwa ku terasa BEBAS... aku sudah boleh memikirkn utk menghadiri reunion atau majlis perkahwinan dia dan rakan2.. sesungguhnya, peristiwa dalam kehidupan mendewasakan kita.. terima kasih atas segalanya.. segala kenangan akan tersimpul kemas dalam lipatan sejarah.. :)