sekian lama menunggu induksi... akhirnya, semalam, 6 April aku selamat menghadiri Taklimat Induksi di Jabatan Pelajaran Negeri Johor.. dan tugasan individu serta kumpulan telah pun di beri.. tempoh sebulan diberi bagi menyiapkan tugasan2 tersebut.. Insyaallah, 8 Mei hingga 10 Mei 2012 akan berjalan Kursus Induksi tersebut di Pelangi Balau..
Setelah hampir 17 bulan berkhidmat, akhirnya dipanggil menghadiri Kursus Induksi.. pentingnya Kursus Induksi ini adalah kerana ia titik akhir bagi membolehkan guru2 seperti aku sah jawatan.. Bulan Mei pergi induksi.. Insyallah, bulan Julai dapat result lulus or gagal induksi... hurm.. lebih kurang 20 bulan utk sah jawatan.. agak lambat or cepat aku pun xpasti..tapi aku biasanya dengar orang kata, biasanya setahun lebih dh dapat sah jawatan..bergantung kepada pengurusan berkenaan cepat or lambat memanggil kita..
Yang pasti, jawatan mesti disahkan dalam tempoh 3 tahun perkhidmatan dan tidak boleh menjangkaui 3 tahun tersebut.. hurm..sekarang terpikir asignment yang perlu di buat... chaiyok!!! marilah buat sebelum diri menjadi sibuk dengan lain2 urusan... (",)
Oh ya, habis ja taklimat, aku berpeluang makan satay dan tauhu bakar di Medan Selera BBU kerana cik leha membawa kami ke sana.. sedap!! on the way balik, jalan jam di highway pasir gudang dan juga jalan depan Jusco Tebrau, nasib baik la xbawak keta sendiri.. kami pergi berempat dengan keta cik leha.. aku, ani, dan siti menumpang keta leha, dapat la merasa vios leha.. hehe... dan aku sama kumpulan dengan ani.. group 10 di pelangi balau..cantik kan nombor?? hehhe.. soalan individu aku pulak sama dengan ani.. hal ini kerana soalan yg aku dapat tergantung dan bila diajukan pada urusetia, mereka meminta aku memilih ja mana2 soalan..heh, mestilah pilih yg sama dengan kawan dan urusetia membenarkan walaupun sama dgn ahli kumpulan yg lain..mudah nk discuss..byk idea boleh di share bagi menyiapkan tugasan yg bermukasurat 13 tersebut.. :) alhamdulillah, ada geng boleh discuss sama2... alhamdulillah, syukur kerana dipermudahkan urusan..
